Percutian Dalam & Luar Negara | Umrah & Ziarah
Teroka Pakej KamiTAIBA TRAVEL & TOURS SDN. BHD. merupakan sebuah syarikat Sendirian Berhad yang telah ditubuhkan pada 27 Jun 2022 dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor 1468666-K.
Tujuan utama penubuhan syarikat ini adalah untuk menjalankan perniagaan agensi pelancongan. Industri pelancongan merupakan antara sektor terpenting bagi perkembangan dan kemajuan negara. Dengan peningkatan sektor pelancongan selepas pandemik Covid-19, kami yakin penubuhan syarikat kami dapat membantu ekonomi Malaysia dan menggalakkan industri pelancongan didalam dan di luar Malaysia.
"Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyokong penubuhan Taiba Travel & Tours Sdn. Bhd. Ianya sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengurusan Haji dan Umrah serta pelancongan dalam dan luar negara.
Semoga khidmat ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat. Semoga Allah sentiasa memberkati dan memudahkan segala urusan berkaitan syarikat."
- Zahiruddin Bin Zainon
Hala tuju korporat Taiba Travel & Tours untuk mencapai kecemerlangan antarabangsa.
"Mewujudkan perkhidmatan pelancongan yang unggul, berkualiti & efisien bertaraf dunia."
"Menjadikan syarikat sebagai agensi pelancongan yang berdaya saing, efisien dan terbaik dalam perkhidmatan di dalam dan luar negara."
Kejujuran dan ketelusan sebagai prinsip utuh dalam urusan perniagaan.
Berusaha menjadi perunding berkualiti, cemerlang dan diyakini.
Mempermudahkan urusan serta jujur dengan setiap perkhidmatan.
Layanan yang baik dan berurusan secara profesional.
Pakej & perkhidmatan sentiasa dipantau mengikut permintaan semasa.
Menonjolkan kualiti kerja profesional serta mencipta hubungan baik.
Beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu termasuk cuti umum. Menyediakan kemudahan lengkap pelancongan dari dalam dan luar negara.
Mematuhi syarat-syarat di bawah Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC). Antara pakej utama kami: