Taiba Travel & Tours Sdn Bhd (1468666-K)

We Fly Your Dreams

TURKIMAKKAHMADINAH AFRIKAASIAEROPAH

Percutian Dalam & Luar Negara | Umrah & Ziarah

Teroka Pakej Kami

Pengenalan Syarikat

TAIBA TRAVEL & TOURS SDN. BHD. merupakan sebuah syarikat Sendirian Berhad yang telah ditubuhkan pada 27 Jun 2022 dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor 1468666-K.

Tujuan utama penubuhan syarikat ini adalah untuk menjalankan perniagaan agensi pelancongan. Industri pelancongan merupakan antara sektor terpenting bagi perkembangan dan kemajuan negara. Dengan peningkatan sektor pelancongan selepas pandemik Covid-19, kami yakin penubuhan syarikat kami dapat membantu ekonomi Malaysia dan menggalakkan industri pelancongan didalam dan di luar Malaysia.

Kata Aluan Pengarah

"Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyokong penubuhan Taiba Travel & Tours Sdn. Bhd. Ianya sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengurusan Haji dan Umrah serta pelancongan dalam dan luar negara.

Semoga khidmat ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat. Semoga Allah sentiasa memberkati dan memudahkan segala urusan berkaitan syarikat."

- Zahiruddin Bin Zainon

Visi & Misi

Hala tuju korporat Taiba Travel & Tours untuk mencapai kecemerlangan antarabangsa.

Visi Kami

"Mewujudkan perkhidmatan pelancongan yang unggul, berkualiti & efisien bertaraf dunia."

Misi Kami

"Menjadikan syarikat sebagai agensi pelancongan yang berdaya saing, efisien dan terbaik dalam perkhidmatan di dalam dan luar negara."

Objektif Utama

  • Menyediakan keperluan masyarakat selaras konsep "Malaysia Truly Asia".
  • Menjadi syarikat pelancongan unggul dan contoh kepada yang lain.
  • Mempromosikan produk negara di peringkat antarabangsa.
  • Membuka peluang pekerjaan untuk anak tempatan.
  • Menyediakan kemudahan Haji, Umrah (penginapan, kenderaan, makanan halal).
  • Piawaian tertinggi dari segi keselamatan dan keselesaan pelancong.

Nilai Teras Perniagaan

Integriti

Kejujuran dan ketelusan sebagai prinsip utuh dalam urusan perniagaan.

Optimis

Berusaha menjadi perunding berkualiti, cemerlang dan diyakini.

Menghargai Pelanggan

Mempermudahkan urusan serta jujur dengan setiap perkhidmatan.

Mesra Pelanggan

Layanan yang baik dan berurusan secara profesional.

Berkualiti

Pakej & perkhidmatan sentiasa dipantau mengikut permintaan semasa.

Kredibiliti

Menonjolkan kualiti kerja profesional serta mencipta hubungan baik.

Perkhidmatan & Pakej

Beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu termasuk cuti umum. Menyediakan kemudahan lengkap pelancongan dari dalam dan luar negara.

Kategori Perkhidmatan

  • Pakej Umrah & Pelancongan: Kepelbagaian pakej umrah, percutian perniagaan, pelancongan kakitangan, dan lawatan.
  • Pengurusan Tiket, Visa & Insuran: Tertakluk kadar nilaian tukaran matawang semasa.
  • Pemandu Pelancong & Mutawwif: Pemandu destinasi atau Mutawwif bagi pakej umrah.
  • Tempahan Penginapan: Khusus di Malaysia dan Arab Saudi.
  • Sewa Kenderaan Pengangkutan: Sewa kenderaan bersama pemandu di Malaysia dan Thailand.
Lawatan Inbound & Outbound
Tempahan Tiket/Hotel
Perkhidmatan Sewa Van
Pakej Free & Easy
Pengurusan Acara (Event)
Bas & Van VIP
Pengangkutan Luar Kawasan & KLIA
Team Building Korporat

Pakej Yang Ditawarkan

Mematuhi syarat-syarat di bawah Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC). Antara pakej utama kami:

Pakej Umrah Umrah Sepanjang Tahun Pelancongan Dalam Negara Pakej Ke Sabah Lawatan Sekolah/Tadika Pelancongan Luar Negara Pakej Ke Mesir